Custom Search

Tuesday, May 5, 2009

proton exora - new MPV from malaysia

Pada 17 hb. Feb. 2009, Proton Holdings Bhd (Proton) telah mengumumkan pelancaran MPV terbaru. Proton MPV Exora yang mempunyai 7 tempat duduk dilancarkan dengan harga kurang dari RM80,000 dan bertemakan ‘Keriangan Keluarga’ dan bersesuaian untuk yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Nama Exora dipilih daripada 251 ribu penyertaan oleh orang ramai hasil pertandingan yang dilancarkan pembuat kereta nasional itu.

Proton MPV Exora ini didatangkan dengan 5 warna pilihan iaitu, Genetic Silver, Tranquility Black, Blue Haze, Pyrite Brown dan Gaia Blue. Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (Proton Managing Director) berkata proton mensasarkan penjualan bulanan sebanyak 3000 - 3500 unit dan pengeluaran penuh bermula bulan april. Pada bulan july, MPV Exora akan dipasarkan ke Indonesia dan Thailand pula.

Mulai sabtu (21hb Feb 2009) dengan RM1,000 anda sudah boleh menempahnya. Kita lihat saingan antara Nissan Grand Livina, Mitsubishi Grandis dan yang sewaktu denganya.

Cerita lanjut sila ke http://paultan.org/topics/proton-mpv-2009/



No comments: